Sejenak bila kita fikirkan masalah politik di perak, akan timbul berbagai persoalan dalam kepala dan salah satu daripada berbagai itu adalah " Siapa Yang Salah? UMNO atau PR?"
Dalam Posting ini aku mengharapkan ada seramai orang yang berkecuali meluahkan perasaan dan pendapat atau cadangan yang kita boleh kongsikan bersama.
Aku sebenarnya bukan ahli politik atau penulis.. kelulusan pon setakat tingkatan lima je di sekolah bantuan penuh kerajaan, dilahirkan dari keluarga yang susah dan dikelilingi politik BN sejak kecil. Apa yang aku nak katakan disini adalah luahan hati dan kerisauan tentang politik semasa yang semakin berbahaya nampaknya.
Matlamat PR untuk menumbangkan politik BN aku sokong dan kagumi, PR adalah satu-satunya Parti Politik Malaysia sejak sekian lama yang berani dan berjaya memberikan tentangan hebat pada pihak kerajaan. Hasrat PR juga ingin memberikan yang terbaik kepada rakyat dan memansuhkan terus amalan rasuah adalah patut dibanggakan dan dan pemimpin-pemimpin meraka yang adatang dari pelbagai kaum mungkin akan merubah besar nasib politik Malaysia.
Dalam konteks politik perak pula, aku menganggap PR amat terburu-buru bagi membalas serangan BN. Mungkin dari segi semangat dan perjuangan ianya sangat bagus dan berani, tetapi bagi jangkamasa panjang mungkin keterburuan ini akan melumpuhkan separuh badan PR. BN menggunakan sepenuhnya kesempatan dalam Institusi Raja bagi menghentam PR dan PR tanpa mahu mengalah membalas semua serangan dengan segera... tetapi adakah serangan bala itu akan berjaya?
MUngkin berjaya tetapi munkin mengambil masa yang lama dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Sebenarnya apa yang aku nak katakan disini adalah... Mengapa PR tidak mahu berfikir panjang dalam peperangan ini? PR mempunyai penyokong yang sanggup mati jadi apa yang nak ditakutkan? kita biarkan saja BN menyerang dan sepatutnya kita berundur dulu, berundur bukan kerana takut tetapi untuk mengatur strategi. Walau sepuluh kali pilihanraya diadakan jika penyokong percaya PR benar pasti PR terus memerintah biarpun sepuluh kali juga ditumbangkan.
Akhir kata, Jangan biarkan kepala anda dalam kotak!
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment